Salam semua,
Harini penat sangat keluar mencari barangan persiapan bagi pembukaan homestay kami yang pertama. Sebenarnya petang kemarin kami sudah keluar mencari barangan untuk perhiasan dekorasi tapi hampa. Apa yang dicari tak satu pun yang jumpa jadi bersambung la mencari ke harini.
Misi harini masih sama dengan kemarin iaitu misi mencari langsir dan barangan hiasan untuk dekorasi. Sejam pertama memang menghampakan. Selepas itu aku telah membuat satu keputusan yang tepat untuk ke kamdar. Maka berjumpa la kami dengan barangan yang diingini didalam kamdar Kuala Terengganu.